MY HAPPY FACE |
Nukilan buat Abdullah Mu'az......
Semoga anakku Abdullah Mu'az sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah hendakNya. Moga anakku ini juga menjadi insan yang soleh, bertaqwa, cemerlang di dunia dan akhirat di samping mempunyai keazaman yang utuh dalam menjalani kehidupanmu di hari muka... menjadi contoh yang teladan kepada keluarga dan masyarakat... sentiasa menghormati ibu dan bapamu dan mendoakan kesejahteraan mama & abi... Sudah pasti kehidupan di masa akan datang lebih mencabar daripada sekarang.... mama berdoa jua supaya mama & abi mampu mendidik dan mentarbiyah permataku ini sebaik mungkin untuk mendepani cabaran kelak.... Insyaallah
Ucapan Abi untuk Mu'az di FB
Hari ini 22 Mac 2012 Abdullah Mu'az genap setahun, hari ini 22 Mac 2012 juga genap 8 tahun pemergian As syahid Syeikh Ahmad Yasin, pengasas HAMAS yg sgt dikagumi dgn perjuangannya memimpin rakyat Palestin dan mencetak kader-kader dakwah HAMAS. Moga patah tumbuh hilang berganti...Happy birthday my son —
Terimalah hadiah daripada kami yang pasti tidak ternilainya dengan kasih dan sayang mama & abi:
Muaz & the Lion.... aummm.. aummm |
take part in assembling the Lion |
Sedia untuk di tunggang. |
Abi : Mcm menarikkan racks nie
Mama: emmm... memanglah
Abi: Kite beli nak.... xdelah botols susu muaz terabur je atas mangkuk penapis ( memang di beli utk toskan botol susu muaz).... Tersusun skit
Mama: betul2.... ( erk.... huhuhu,)
Harga : RM 29.90 |
tersusun sket.... |
Ok.... esok kite balik kampung ek... Celebrate birthday Mu'az ngan tok mak, tok ayah, mak long, cik jannah, cik dayah ye.....
No comments:
Post a Comment