Wednesday, July 3, 2013

Kembali bersiaran..........

Assalamualaikum....
Sudah lama tak mencoretkan sesuatu dalam blog ni... Entri tahun 2013 memg zero. So, bila baca tajuk post kali ini, memang saya nak start balik berblog nie..
Kekadang hidup ini ada turun naiknya, jatuh bangunnya, namun semangat dan positive thinking amat penting untuk atasi semua ujian yang melanda. Tahun 2013 nie ade suka dukanya, ujian demi ujian telah dilalui, sudah pasti Allah tahu setiap ujian yang ditimpa ke atas hambanya itu selayaknya hamba tersebut mampu  menanggungnya. Bila di bandingkan dengan yang lain, sudah pasti ada lagi yang menerima ujian yang lagi hebat dari kita... Apepun sentiasa bersyukur dan bersabar atas segala kurniaan Allah.

Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak ke 2 kami di Hospital Sedang... Banyak kenangan pahit manis sepanjang waktu mengandung dan  proses kelahiran putera kami ini. Biarlah ia menjadi lipatan memori buat saya dan suami.
Abdullah Wafi  :: 15 Mac 2013::

My 2 heroes Muaz & Wafi




Friday, December 7, 2012

My new ticker

Lilypie Maternity tickers


It's my new ticker....
Our precious new little baby already 23 weeks in my womb. Thanks Ya Allah for ur bountiful "rizqi" as well as amanah. Hopefully Allah will gave us all in ease along my pregnancy time, during my delivery and also after delivery. Insyaallah

Tuesday, October 2, 2012

All about September

Dah masuk bulan Oktober 2012.... sekejap je dah nak abes setahun. 3 month to go. It's come to the busiest month in 2012. Hopefully, sume berjalan lancar dan dipermudahkan segala.  Blog pun dah hampir bersawang, dah lama tak update. Bukan malas tapi kesuntukan masa. Memang banyak perkara yang boleh dicoretkan tapi kekangan masa dan juga status kesihatan yang tidak memberangsangkan sbb tue terbantut nak tulis blog... Balik keje je, tgu muaz tido lepas tue mama pun turut terlena jugak. Hujung minggu pulak ada sahaja perkara yang perlu diselesaikan. 


 ALL ABOUT SEPTEMBER.... As you all know, rumah kami dah pun dapat kunci... so bulan sept nie sebuk menguruskan urusan-urusan teknikal . Dari mencari kontraktor,  beli barang rumah sehinggalah inspection rumah sume disetelkan waktu hujung minggu. Susah nak cari weekend yg betul2 free. Alhamdulillah kerja-kerja tue dah 95% siap, tengah tgu wiring sahaja. Langsir pun dah tempah mgu lepas. Yang pening skali adalah nak betul-betul bajet... so kami wat langsir pun beli kain murah sahaja di Nagoya Carrrefour Wangsa Maju. Upah menjahit sekeping RM 8. Bolela... takde masa nak2 survey2 tempat lain, Nilai 3 ke, Jakel ke.... nampak yang berkenan terus je pilih. Nie pun hasil google lan, ramai bloggers tempah kat cni. Emm... so for this October pulak sebuk utk fikirkan urusan pindah rumah, mengemas, bersihkan rumah etc. Tapi yang tak best nya mase nie jugaklah hari raya haji dan urusan yang penting perlu diselesaikan. Tambahan pula owner rumah sekarang nie dah bgtau urusan jual beli rumah sewa kami dah nak setel. Fenin2... fenin2.... Takpelah, Mungkin kat cni Allah nak uji kekuatan dan kesabaran hambaNya. 






Sometimes the opportunity comes only once... congratulations to my hubby because your research poster has been accepted to be presented this mid of October at K_ _ _ _. Suprised !!!. Kami sekeluarga sibuk buat preparation sepanjang bulan Sept untuk ke sana nanti. Banyak benda nak kene wat research since kami tak pernah sampai ke tempat konferens tue. Bila mengenangkan bnyak perkara yang perlu diuruskan, terasa tak nak pergi je, tapi bila memikirkan peluang nie mungkin sekali sahaja... we all decide, Let's Grab The Opportunity" Semoga Allah memelihara kami sekeluarga sepanjang perjalanan kami  dan permudahkan urusan kami. Insyaallah, bila kami balik nanti, kami akan catatkan perjalanan kami di sana nanti untuk kenangan.

OCTOBER............ already here.



Thursday, July 19, 2012

Tentang Rumah Baru


Alhamdulillah.. at last proses beli rumah kami sudah pun accomplish. Dapat je phone call dari lawyer rumah, mgu tu jugak kami arrange untuk  ambil kunci di pejabat lawyer. Ape lagi si isteri sibuk la men”yetup” tarikh nak ambik cuti, Bukan ape pejabat  lawyer tu jauh sangat kat bukit tingi nun kat Klang tu, dah lah tak pernah sampai, risau jugak kalu tersesat ke ape ke.So kami decide pada 12 Julai untuk ambil cuti. Penantian hampir setahun lebih jugak untuk dapatkan kunci rumah  daripada proses pembelian rumah kami.  



So, next step is view our new house. Lepas urusan ambil kunci rumah, petang tu jugak kami inspect rumah baru kami. Siap bwk measuring tape bagai, dah macam arkitek pun ade.. hehe..Rumah yang kami beli nie pun second hand, keluasan pun tak seberapa, cukuplah kami sekeluarga untuk berlindung di muka bumi Allah.  Nak dapat rumah landed house kat area Selangor yang  bertepatan dengan kemampuan kami memang agak mencabar.  Alhamdulillah dapat jugak kami membeli rumah sendiri. So far banyak benda jugak perlu diperbaiki rumah tue supaya nampak elok sikit, rasenye dah dekat 2 tahun rumah tu tak didiami… Tapi kami tak buat major renovation.. just touch up mane yang patut. Insyaallah lg 3 bulan kami akan berpindah.

So, adela beberapa perkara yang kami telah  checklist sebelum pindah rumah. (En suami bersemangat siap buat gantt chart lagi, emm.. baru semangat nak pindah kan)

1)Tukar nama TNB, Syabas, cukai pintu, Indah Water            
2) Bersihkan Rumah (Banyak peninggalan owner dulu yg masih ade, rase kene buang je.. sume  takleh pakai)
3) Confirmkan contractor
3) Pasang Tiles
3) Beli Lampu, Kipas (Wiring tambah plugpoint)
4) Pasang grill ( certain tingkap masih tak bergrill)
5) langsir ( ade tingkap yg takde rail langsir)
6) Tukar pintu belakang ( dah usang)
7) Cat living hall
8)  Kemas/Pack  barang-barang di rumah sewa


Moga Allah permudahkan urusan kami sepanjang proses  pemindahan kami. Bajet kami pun tak banyak. memang kene buat yang basic dulu. 


*** Ade kejadian sedih berlaku minggu ni.  Mungkin itu peringatan Allah kepada hambanya yang selalu lalai ni. Kereta kesayanganku masuk hospital.. huhu 

Monday, May 21, 2012

Tazkirah hari ini

Just nak sharing info hasil dari pembacaan buku bertajuk "Mengecap Bahagia dengan Istighfar dan Taubat" karangan Ismail bin haji Hassan & Saulah bt Dato' Haji Tajuddin

KESAN MAKSIAT DAN DOSA DI DUNIA

1) Lalai dan keras hati
2) menghalang ilmu pengetahuan
3)Penghalang rezeki
4) Menimbulkan jarak dengan Allah SWT
5)Menjauhkan Pelakunya daripada orang Soleh
6) Menyulitka Urusan
7) Menggelapkan hati
8) Menumbuhkan maksiat lain
9) Mewariskan Kehinaan
10) Menutup hati
11) Melenyapkan Malu
12)Menjauhkan Perhatian Allah SWT
13)Menghalang kemakbulan Doa
14) Kesempitan Hidup

Sama-sama kita bermuhasabah diri... dan perbanyakkan amalan sunat dan melengkapkan amalan wajib dalan kehidupan seharian untuk menutup segala dosa-dosa dan maksiat yang dilakukan di samping sentiasa beristighfar dan berselawat ke atas junjungan kita nabi Muhammad S.A.W.
Bersempena kehadiran bulan Rejab esok..... sama-samalah kita merebut peluang yang Allah Ta'ala berikan kepada hambanNya.




SELAMAT BERAMAL :)





Cermin mata baruku

Akhirnya wishlist 2012 tercapai jugak setelah 3 tahun tak bertukar. Actually kalu nak diikutkan boleh lg nak postpone beli cermin mata ni tapi since cermin mataku nie dah nazak terpaksa lah jugak korbankan masa duit pergi beli spek baru... kalu tgu sampai betul abis jangka hayat nampaknya meraba jela cik puan kite bile berjalan. Power pun dah dekat 400, kalu tak pakai memang tak nampak apela....huhu.



 Nie cermin mata lama saya.... nampak macam elok kan???  cube tgk kat bawah ni pulak .Sama tapi tak serupa......uwaaaaaaa....uwaaaaaaaaa.....uwaaaaaaaaaa. Menangis tak berlagu.( dalam hati berbunga riang, sbb bole dpt spec baru. hehehe....)






Nie hasil permainan si cilik Mu'az. Sy tgh solat mase tue... My careless jugak la, tinggalkan spec atas katil.  Ape lagi syokla Mu'az main tanpa dikacau... huhu. Tapi jgn main2 ye... rasenye inilah spec saya yang paling tahan... walaupun bentuknya dah jdk mcm nie, tapi boleh pakai lg tau... seminggu jugak la pakai spec senget ni.

So, weekend lepas bertebaranlah kami mencari sesuap nasi cermin mata baru..... niepun satu hal dilema tak berpenghujung.... Kami jalan-jalan kat area prima seri gombak, tup tup ternampak 2 kedai cermin mata... Focus point & Menara Optometry. Dahla kedai dekat-dekat je selang beberapa buah kedai je pun..... tak tahu nak beli katne.. tak tahu kaki nie laju je masuk kedai Menara Optometry nie, mcm ade tarikan bukan sbb pernah beli di kedai ni. Mybe rezeki diorg kot. Dulu pernah gak beli cermin mata kat Focus Point...... yg pasti setiap kali beli spec mesti kedai yang berbeza...... huhu

Bila dah masuk kedai..... confius pulak nak beli frameless ke, halframe ke or full frame....niat di hati nak beli frameless tapi bile memikirkan tuan badan nie tak brp cermat and Muaz pun tgh lasak seriau pulak nak beli frameless ni...Kalu full frame mcm tak sesuai je ngan muka... Rase nye lebih sepuloh jenis cermin mata kot dicuba, dari satu satu....  layankan jer customer sorang nie. huhu. sabar ye dik.  last-last amek yang half frame je....



Cantek tak ???

Mama pulak nak abeskan duit.....( Biasenye utk Mu'az je)..

Power so far xde beza sgt ngan yg spec dulu  dua2 belah 375, cume tambah astig ....25. dulu takde astig sekrg dh ade pulak. Lepas tue saya dalam dilema lagi... uol rase ape?

NORMAL LENSE vs TRANSITION LENSE...........

Dipendekkan citer, pujuk punye pujuk....... saya amek yang transition lense tue. alasannya sy memang teringin nak beli sunglasses, yelah sbb drive tgh hari buta.. tak tahan panas... tapi bile kire2 balik untung kalu beli 2 in 1 terus... tue kata optometrist tuela....  Kos sume skali RM 700, tak tahulah murah ke mahal, tapi bagi saya mahal jugakla :(  . Balik umah rase mcm menyesal pun ade tapi bile pk2 balik takpela sesekali (lgpun gune duit sendiri.. huhu) & bile dah dapat spec tue baru lega... tak serba salah lagi sbb puas ati.... :)

Guarantee card .... 6 month

Moral of the story........ Sayangilah mata anda.
Susah tau kalu rabun, at least modal yang camtu dah bole beli set pinggan mangkuk dah. huhu








Thursday, May 10, 2012

Siri Mengaji Al- Furqan

Pernah dengar tak siri mengaji Al-Furqan nie... smlm berblogwalking saje nak carik pasal how to teach al-quran effectively... kagum bila melihat ibu & ayah yang berusaha mengajar anak al-quran seawal usia 6 bulan dan telah menghafaz al-quran berumur 3 tahun... Subhanallah.. Betapa Allah Ta'ala telah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk.
Ade sape2 yg ade pengalaman boleh lah share2.......



Bayi ini umpama sponge yang dapat serap semua perkara dengan cepat.... Usia 1-3 tahun merupakan waktu yang paling baik untuk beri pendedahan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...