Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Tazkirah hari ini

Just nak sharing info hasil dari pembacaan buku bertajuk "Mengecap Bahagia dengan Istighfar dan Taubat" karangan Ismail bin haji Hassan & Saulah bt Dato' Haji Tajuddin

KESAN MAKSIAT DAN DOSA DI DUNIA

1) Lalai dan keras hati
2) menghalang ilmu pengetahuan
3)Penghalang rezeki
4) Menimbulkan jarak dengan Allah SWT
5)Menjauhkan Pelakunya daripada orang Soleh
6) Menyulitka Urusan
7) Menggelapkan hati
8) Menumbuhkan maksiat lain
9) Mewariskan Kehinaan
10) Menutup hati
11) Melenyapkan Malu
12)Menjauhkan Perhatian Allah SWT
13)Menghalang kemakbulan Doa
14) Kesempitan Hidup

Sama-sama kita bermuhasabah diri... dan perbanyakkan amalan sunat dan melengkapkan amalan wajib dalan kehidupan seharian untuk menutup segala dosa-dosa dan maksiat yang dilakukan di samping sentiasa beristighfar dan berselawat ke atas junjungan kita nabi Muhammad S.A.W.
Bersempena kehadiran bulan Rejab esok..... sama-samalah kita merebut peluang yang Allah Ta'ala berikan kepada hambanNya.




SELAMAT BERAMAL :)





Friday, February 24, 2012

Tazkirah Jumaat :Surah al-Kahfi

Sekadar perkongsian maklumat dan info...........


Surah al-kahfi merupakan surah yang ke 18 dalam Al-Quran mengandungi 110 ayat. Surah in disunatkan di baca  pada hari Jumaat, walaupun begitu ramai lagi masyarakat kat luar sana tidak menyedari akan kelebihan surah al-kahfi dibaca pada hari Jumaat..

Kandungan Utama Surah Al-Kahfi:

1. Hikayat Sohibul Kahfi (pemuda2 beriman)
2. Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir AS
3. Kisah Zulkarnain dan Ya'juj & Ma'juj



Berikut adalah hadith-hadith yang berkaitan dengan kelebihan membaca surah al-Kahfi:



 1.       Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam  bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. 
(HR Muslim 809)

So, marilah kita sama-sama mengambil peluang pada hari Jumaat yang penuh barakah  ini dengan membaca Surah al-Kahfi.... SELAMAT BERAMAL :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...