Friday, February 24, 2012

Tazkirah Jumaat :Surah al-Kahfi

Sekadar perkongsian maklumat dan info...........


Surah al-kahfi merupakan surah yang ke 18 dalam Al-Quran mengandungi 110 ayat. Surah in disunatkan di baca  pada hari Jumaat, walaupun begitu ramai lagi masyarakat kat luar sana tidak menyedari akan kelebihan surah al-kahfi dibaca pada hari Jumaat..

Kandungan Utama Surah Al-Kahfi:

1. Hikayat Sohibul Kahfi (pemuda2 beriman)
2. Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir AS
3. Kisah Zulkarnain dan Ya'juj & Ma'juj



Berikut adalah hadith-hadith yang berkaitan dengan kelebihan membaca surah al-Kahfi:



 1.       Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam  bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. 
(HR Muslim 809)

So, marilah kita sama-sama mengambil peluang pada hari Jumaat yang penuh barakah  ini dengan membaca Surah al-Kahfi.... SELAMAT BERAMAL :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...