Sampai je umah... siap siap solat pastue ape lagi singsing lengan, bermulalah gelanggang silat kat dapur... Abi sebuk melayan mu'az lah kan..... Kalu tak abis satu dapur pun bersilat gak....:)
Tadaaaaaaaaaaaaa..... inilah hasilnya:
Siap Deco-deco tue... |
Final touch up............ |
Ikan Bawal 3 Rasa
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan bawal
5 biji bawang kecil (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
3 sudu cili kering
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu tepung jagung
sedikit gula dan garam
1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/4 biji timun (dipotong dadu)
bunga kobis @ sayur-sayur yang berkenan....
Cara Membuat:
1. Ikan bawal digoreng bersama kunyit dan garam.
2. Untuk Kuah; Panaskan minyak... Tumis bahan-bahan yang dihiris tadi sehingga naik bau.
3. Kenudian masukkan cili kering, sos tomato dan sos cili.. masak hingga garing
4. Masukkan air sedikit, masukkan garam dan gula
5. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong...Masukkan juga sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
6. Biarkan sehingga kuah 3 rasa masak.
7. Akhir sekali , kuah diletakkan di atas ikan bawal tadi dan sedia untuk dimakan........
SELAMAT MENCUBA...:)
No comments:
Post a Comment