Thursday, October 27, 2011

Impian-impian....


Emmm...tak tahulah nak post ape untuk entri kali ini. Sekadar untuk mencoretkan beberapa perkara.
Saje nak post gambar-gambar yang menawan kalbu nie.. jgn marah.


Samsung S2... mcm menarikkan

Estima... mcm xmampu je

Kene kumpul duit nie kalu nak beli


Semua item diatas cume perhiasan sahaja... itulah manusia banyak sangat angan-angannye yang bersifat keduniaan. Sama-samalah kite bersyukur diatas nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kite.
Tak salah juga jika kite memiliki perkara-perkara diatas tapi ingatlah bahawa ia hanyalah bersifat sementara di dunia sahaja. Oleh itu marilah kita berusaha sama-sama meningkatkan saham-saham kite di akhirat kelak.

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan."

1. Anak yang soleh.

Anak yang soleh tidak semestinya seorang ustaz atau Al-hafiz, tetapi jika anak itu dapat menghafalkan Al-Quran adalah yang terbaik bagi ibu bapanya. Seterusnya seorang anak itu taat kepada perintahNya, meninggalkan semua laranganNya dan melaksanakan segala suruhanNya.Mereka juga akan menghadiahkan ayat-ayat suci al quran kepada ibu bapa mereka sebagai tanda ingatan dan kasih sayang anak kepada ibu bapa mereka semasa ketiadaan mereka nanti..dan menjaga nama baik keluarga,diri dan agama
selama hidup di muka bumi ini..

2. Ilmu yang ditinggalkan

Segala Ilmu yang ada di dada dan kita sampaikannya kepada orang lain,,selama mana ilmu itu saling disampaikan satu sama lain,,selama itulah si pengajar dan si penyampai mendapat saham,,pahala dan manfaatnya dari ALLAH,,

3. Sedekah Amal Jariah

Sedekah kepada orang susah dan anak-anak yatim dan golongan2 yang layak mendapatnya.Sekiranya kaum kerabat dan juga keluarga kita sendiri memerlukannya,,wajib kita mendahulukan mereka kerana mereka adalah orang yang terdekat dengan kita,, Sekiranya mempunyai rezeki yang lebih boleh juga kita menyumbangkannya atau mewakafkannya dengan membina dan membangunkan pusat2 keilmuan,ibadah,dan masjid atau surau untuk kebaikan masyarakat setempat dan sumbangan kita kepada agama Islam untuk kebajikan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...