Wednesday, February 23, 2011

DEBARAN


Debaran untuk melahirkan permata hati sulung semakin hampir. Setiap detik saya akan terbayang bagaimana proses bersalin nanti. Namun, suami seringkali mengingatkan supaya tidak memikirkan hal tersebut dan dia cuba menasihati saya supaya berfikir yang indah2 sahaja selain meletakkan sepenuhnya tawakal kepada Allah agar dipermudahkan. Kawan sepejabat pun menyatakan perkara yang sama bila saya utarakan apa yang ada dibenak ini. So, pagi ini saya terpanggil untuk menjengah-jengah laman web mana yang boleh dijadikan panduan serba sedikit sebagai persediaan untuk melahirkan anak: Panduan nie saya petik dari website tentang teknik meneran yang betul semasa melahirkan:

1. angkat kepala dagu cecah dada.
2. mata pandang perut
3. tangan pegang keting (bahagian kaki yang ade buku lali tue) masa tu ibu teraba-raba gak mana la keting ni.gheee…dah la tengah sakit…sib baik la doctor bgtau…hu3…
4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis…kerana ini akan membuatkan kita kurang tenaga dan tak kuat…..
5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung….kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang bsr…..
6. baca bismilah atau ape ajer yang terlintas tu teran kuat2…..
7. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan kita. Mungkin masa tu kita terlupa dek menahan sakit….bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan….

Tetibe saya terbuka satu website yang menerangkan amalan ketika hamil. Artikel ini sangat menarik dan moga ia menjadi panduan berguna kepada saya walaupun sebahagiannya sudah diketahui:

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Semoga panduan dan amalan diatas akan dijadikan panduan seterusnya…

SELAMAT BERAMAL

1 comment:

  1. Perkongsian menarik...boleh recal2 yg dulu, tapi sape ni ek? nama sebenar?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...