Monday, July 18, 2011

Marhaban Ya ramadhan


16 Sya'aban 1432 H ( 18 Julai 2011)

Allahumma bariklana fi syahri rajab wa sya’aban. Wa ballighna fi shyahri ramadhan…..

Kehadiran ramadhan yang ku nanti , Ya Allah berkatilah kami sekeluarga, bukakanlah pintu rahmatMu Ya Allah. Kurniakanlah kami kekuatan mental dan fizikal untuk mengahadapi bulan yang mulia, bulan ramadhan ini supaya kami dapat beribadah kepadaMu. Jadikanlah kami di antara orang-orang yang sentiasa mendapat hidayah daripadaMu dan sentiasa mensyukuri nikmatMu serta istiqamah pada jalan mu ya Allah. Sesungguhnya kami ini hambaMu yang lemah, yang sentiasa memrlukan petunjuk daripada Mu… Amin ya rabbal ‘alamin.

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna…….

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua Lirik lagu: Harapan Ramadhan ( Raihan)



Mungkin kali ini ramadhan yang disambut ada kelainan…. Iaitu dengan kehadiran cahayamata kami yang pertama. Masih segar dalam ingatanku bagaimana aku melalui saat-saat di bulan Ramadhan pada tahun lepas yang sangat mencabar. Aku mengalami morning sickness yang teruk namun Alhamdulillah aku dapat berpuasa selama 27 hari… ( hanya 3 hari tinggal puasa). Juadah berbuka puasa ku hanya segelas susu dan mungkin sekeping kuih yang di beli di bazaar Ramadan Itupun puas suami ku pujuk untuk makan. Sebulan juga aku tidak menjamah nasi. Mase tu berat turun hampir 7 kg. Aku xmampu nak berterawih di surau ( malam pertama sahaja pergi solat terawih di surau) kerana terlalu kerap muntah2.

Pengalaman yang cukup manis dalam hidupku……

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Monday, July 4, 2011

Wonderful journey... PD

Jalan-jalan @ pantai Teluk Kemang PD

2 Julai 2011

Kami sekeluarga bertolak ke PD untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan kami di Lukut. So, kami ambil kesempatan ni utk pegi jalan2 hujung minggu sambil berehat. Walaupun percutian kami ni amat singkat dan xlah jauh mane tapi ia sangat bermakna buat kami. Teruja bile dapat2 berjalan-jalan santai begini di tambah pula dengan kehadiran cahaya mata kami yg pertama ini..Terasa lengkap hidup ini... Dulu pernah gak sampai PD tapi mase tu solo lagi, so sekarang ni lain sikit.. dtg bersama suami dan anak tercinta.

Mlm tu kami bermalam di Avillion Admiral Cove Hotel. Pemandangan sgt menarik... bilk kami menghadap ke laut. Dinner, kami mkn satay...

Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah solat di masjid Sultan Mizan a.k.a masjid besi putrajaya. Binaannya menarik dan unik, tanpa menggunakan kipas syiling atau air-cond.

Kami sampai rumah pukul 6 petang. masing2 keletihan termasuk anak kami mu'az..
Percutian yg sangat menarik walupun sekejap je...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...